Pulau Giam merupakan pulau kecil yang berada di dalam kawasan Pulau Pangkor.  Pulau Giam terletak kira-kira 0.45 km dari pantai Teluk Nipah.  Keluasan Pulau Giam adalah 2.1 hektar dan perjalanan untuk mengelilingi pulau tersebut 0.89km.  Pulau Giam merupakan pulau yang menarik untuk dikunjungi apabila pelancong berada di Pulau Pangkor.  Pulau Giam tidak mempunyai penghuni dan merupakan destinasi pelancong bagi menjalankan aktiviti Snorkeling dan bermandi manda serta mempunyai terumbu karang yang cantik.  Keunikan pulau ini apabila air laut akan surut atau disebut sebagai air laut tempias dalam kalangan masyarakat Pulau Pangkor.