PROJEK PENGURUSAN SISA PEPEJAL PULAU PANGKOR MELALUI PENGLIBATAN KOMUNITI

Projek Pengurusan Sisa Pepejal di Pulau Pangkor dengan pendekatan komuniti merupakan projek tiga tahun ( 2015 - 2017 ) akan dilaksanakan oleh Global Environment Centre bersama JPS Perak dengan kerjasama Universiti Queensland dan VALE Malaysia Minerals Sdn. Bhd. 

Matlamatnya membantu komuniti setempat terutamanyapara nelayan untuk menjana keuntungan ekonomi, alam sekitar dan sosial melalui Pengurusan Bersepadu Sisa Pepejal di Pulau Pangkor.  

OBJEKTIF

Untuk memperkasa komuniti setempat dalam pengurusan sisa pepejal dan air bagi mengurangkan pencemaran perairan pantai. 

Untuk menggalakkan konsep "Sampah ke Sumber or Waste into Wealth" sebagai sumber pendapatan alternatif dikalangan komuniti setempat.  

Membangunkan satu kerjasama pintar antara agensi kerajaan, kerajaan tempatan, agensi swasta ( hotel dan peniaga ) , NGO, Komuniti dan sekolah dalam melindungi dan menjaga alam sekitar di kawasan perairan pantai.  

6504 10201100811717677 4923367295491956800 n             

Aktiviti gubahan bunga daripada bahan terpakai yang dianjurkan oleh pihak JKKK Teluk Raja Bayang yang dijalankan di Kantin  Sekolah Rendah Seri Pangkor 

 

Setiap hujung minggu komuniti pangkor akan bersama-sama melakukan aktiviti riadah senaman pagi. Antara senaman yang dilakukan adalah senaman aerobik,  Tai Chi, dan ZUMBA.  Program ini dianjurkan oleh panel jawatankuasa Pusat Kesihatan Pangkor bagi menggalakkan komuniti lebih menitikberatkan kesihatan dalaman dan luaran serta ia memupuk perhubungan pelbagai kaum.