hfmd poster

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia. 
 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

  • tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
  • bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD
  • sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
  • membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
  • memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul;
  • membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.

 

Pusat Internet Pangkor menyediakan Pemeriksaan Kesihatan Darah Tinggi Secara Percuma .  Komuniti Pangkor dijemput untuk menyemak tahap kesihatan. 

Pusat Kesihatan / Klinik

Bangunan Unit Rawatan Pesakit Luar (OPD) telah dirasmikan pada 21 APRIL 1964 oleh Y.A.B Datoโ€™ Shaari Bin Shafei, Menteri Besar Perak pada tempoh berkenaan.  Perkhidmatan Hospital Desa bermula pada OGOS 1989 sesuai dengan perkembangan perkhidmatan kesihatan.  Ini diikuti oleh Fasa Kedua Pembangunan di mana bangunan Pembangunan Kesihatan Keluarga dibina dan perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak bermula pada JULAI 1990Bangunan ini dirasmikan oleh YB Menteri Kesihatan pada 13 MAC 1992 iaitu Datoโ€™ Lee Kim Sai.  

Terdapat lima buah pusat yang memberikan perkhidmatan kesihatan di Pulau Pangkor.  Pusat-pusat tersebut ialah :

v  Klinik Komuniti Pangkor

v  Klinik Kesihatan Ibu Mengandung Pangkor

v  Klinik Bidan Sungai Pinang Kecil

v  Klinik Bidan Teluk Kecil

v  Klinik Pergigian

 

Kesemua kemudahan kesihatan ini akan dikekalkan dan cuba dinaiktarafkan perkhidmatannya.  Penyediaan bot semasa kecemasan untuk perkhidmatan 24 jam diperlukan untuk mendapatkan kemudahan rawatan di tanah besar iaitu di Hospital Seri Manjung. 

Sumber : Klinik Kesihatan Pulau Pangkor ( atas bukit ) dan Pejabat Penghulu Pulau Pangkor