Tarikh         :    10 Februari 2018 ~Sabtu~

Masa           :    8 malam

Lokasi         :     Padang Sintetik SMK Pangkor

 

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak antara Pasukan Pangkor Veteran Pilihan dengan Yeop 90an.  Kehadiran lagenda Bola Sepak Perak 90an iaitu Azizol Abu Haniffah memeriahkan lagi padang perlawanan.   

 

Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Piala Menteri Besar Perak Pringkat Dun Pangkor telah berlangsung pada 27 - 28 Januari 2017 di Padang Sintetik SMK Pangkor.  Seramai 16 pasukan menyertai perlawanan ini.  Kemenangan perlawanan Bola Sepak ini berpihak kepada Mampai FC di mana mereka meraih JOHAN menerima wang tunai sebanyak RM1500 dan Piala Menteri Besar. Naib Johan dimenangi oleh pasukan Rain FC dan membawa wang tunai sebanyak RM800 manakala tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh pasuka LUMUT PORT FC & Terab FC, masing-masing membawa wang tunai sebanyak RM500 & RM400.  

Kejohanan ini adalah usahasama antara Kelab Pangkor City bersama Pejabat Adun Pangkor, Komuniti 1 Malaysia, Majlis Perbandaran Manjung, & Pusat Internet 1 Malaysia Kluster Manjung.  Ia dirasmikan oleh Pegawai Khas MB Adun Pangkor Dato Hj Azri Bin Jaafar. 

 

Sekitar Perlawanan Bola Sepak 11 Sebelah

 

Pemenang Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah

NOOR SHAKILA BINTI AHMAD merupakan pelajar lepasan SPM yang masih menunggu panggilan kemasukan ke IPTA, namun masih tiada lagi peluang untuk menyambung pelajarannya, Shakila mengambil kesempatan untuk berniaga kecil-kecilan semasa Majlis Malam Puisi di Arena Square Pulau Pangkor.  Pihak PI1M turut serta bersama bagi menggalakkan dan mengajarnya tentang pernigaan.  

      

PADA PENGHUJUNG BULAN DISEMBER 2015 YANG LALU, SERAMAI 12 ORANG PELAJAR DARI JEPUN MENYERTAI PROGRAM ANAK ANGKAT SELAMA SEMINGGU DI SEKITAR KAMPUNG TELUK RAJA BAYANG.  DI SEBELAH MALAM SETIAP JAM 8 MALAM KELAS BAHASA JEPUN DIADAKAN DI PEJABAT ADUN PULAU PANGKOR BAGI MEMBANTU ADIK - ADIK PANGKOR MENDALAMI BAHASA JEPUN SELAMA MEREKA BERADA DI SINI. 

 

Sub-kategori