GEOGRAFI DAN LOKASI

Pulau pangkor terletak di bahagian Pantai Barat negeri Perak di Semenanjung Malaysia.  Ia adalah salah satu kawasan di bawah Mukim Lumut dalam Daerah Manjung.  Keluasannya ialah 22.5 km persegi.  Jaraknya dari pekan Lumut mengikut jalan laut adalah sepanjang 7 batu notika.  Manakala jarak dari Bandar Ipoh adalah sepanjang 96km melalui jalan darat ( jalan raya ) ke barat daya Ipoh.  Pulau Pangkor dipisahkan dari Tanah Semenanjung oleh Selatg Melaka dan Selat Dinding.  Pulau Pangkor di keliling oleh 9 buah puah yang lain iaitu :

  1. Pulau Simpan
  2. Pulau Rusa
  3. Pulau Pangkor Laut
  4. Pulau Nipis
  5. Pulau Giam
  6. Pulau Mentagor
  7. Pulau Batu Mandi
  8. Pulau Batu Tengah
  9. Pulau Sembilan

Selain daripada 9 pulau yang dinyatakan, terdapat pulau gugusan yang lain iaitu :

  1. Pulau Tukun perak
  2. Pulau Pelandok
  3. Pulau Katak
  4. Pulau Rumbia
  5. Pulau Saga
  6. Pulau Lalang
  7. Pulau Buloh
  8. Pulau Payong

Keadaan muka bumi adalah berbukit bukau dan terdapat tiga batang anak sungai yang kesemuanya mengalir ke laut.  

 

ASAL USUL NAMA TEMPAT DI PULAU PANGKOR

TELUK NIPAH

Teluk Nipah terletak di tepian pantai dengan pasir memutih dan landai. Kawasan ini yang dulunya berteluk dan sungainya dipenuhi dengan pokok nipah. Akhirnya kawasan tersebut diberi nama teluk Nipah.

PASIR BOGAK

Pasir bogak juga terletak di tepian pantai menjadi tumpuan pelancong untuk berkelah. Kawasan ini dulunya dipenuhi pokok bogak. Akhirnya tempat ini diberi nama Pasir Bogak.

TELUK RAJA BAYANG

Menjadi tempat persinggahan sebentar Raja Bayang ketika datang ke Pulau pangkor. Lalu tempat tersebut di panggil Teluk raja Bayang.

SUNGAI PINANG

Sungai yang dipenuhi dengan pokok pinang,akhirnya penduduk dikawasan tersebut sepakat meletakkan nama tempat tersebut Sungai Pinang.

 

Sumber : http://ppikpulaupangkor.blogspot.com/2008/12/sejarah-pulau-pangkor.html