Kemudahan Pengangkutan

Melalui Air

Para pelancong boleh berkunjung ke Pulau Pangkor dari Lumut melalui jalan air.  Terdapat tiga syarikat yang menyediakan perkhidmatan ini iaitu Syarikat Mesra Feri, Syarikat Pan Silver Sdn. Bhd. dan Syarikat Duta Pangkor Sdn. Bhd. Ketiga-tiga syarikat feri initelah mengadakan kata sepakat dengan hanya menyediakan perkhidmatan bot laju berhawa dingin sahaja dan tiada lagi bot kayu tanpa hawa dingin sebagaimana sebelumnya dan berakhir sehingga 16 Oktober 2003.  Di Pulau Pangkor wujud tiga buah jeti yang akan menerima kedatangan penumpang melalui jalan air iaitu :

  • Jeti Pangkor
  • Jeti Sungai Pinang Kecil
  • Jeti Teluk Dalam – Perkongsian antara Teluk Dalam Beach Resort dan Pangkor Island Beach Resort

Dari Jeti Lumut anda dikehendaki menaiki feri yang disediakan di jeti lumut dan masa yang diambil ke Pulau Pangkor adalah 40 minit. Terdapat juga satu lagi jeti persinggahan sebelum ke Pulau Pangkor yang mengambil masa hanya 10 minit perjalanan iaitu Jeti Marina Island yang lokasinya di Teluk Batik.

LALUAN

TEMPOH MASA

Jeti Lumut – Jeti Pangkor

Jeti Marina Island – Jeti Pangkor

40 minit

10 minit

 

 

Melalui Darat

Tiada jalan darat untuk dating ke Pulau Pangkor dari tanah besar negeri Perak.  Walaubagaimanapun, jalan darat iaitu jalan raya di Pangkor berada dalam keadaan agak baik namum disebabkan oleh keadaan geografi Pangkor yang berbukit – bukau menyebabkan jalan raya yang dibina berbengkang bengkok, sempit dan agak berbahaya untuk para pelancong memandu sendiri di pulau peranginan ini.  Jalan raya tersebut adalah sepanjang 17km bermula dari Pekan Pangkor melalui Sungai Pinang Besar, Sungai Pinang Kecil, Teluk Dalam, Teluk Nipah, Pasir Bogak dan balik semula ke Pekan Pangkor.  Kenderaan awam yang digunakan di Pangkor adalah perkhidmatan Teksi sahaja yang berbentuk van berwarna merah jambu ( pink ).

 

 

Melalui Udara

Terdapat sebuah lapangan terbang di Pulau Pangkor yang terletak di Teluk Dalam.  Ia hanyalah sebuah lapangan terbang mini yang hanya boleh menrima kapal terbang yang mampu memuatkan 48 orang penumpang sahaja dalam satu masa.  Ia diuruskan oleh Syarikat Dash-7 dan menawarkan lima penerbangan dalam seminggu kecuali Selasa dan Rabu.  Masa ketibaan di Pangkor pada jam 1140 manakala waktu berlepas pada jam 1210.  Penerbangan hanya dari Subang ke Pangkor sahaja dan balik ke Subang.