Suatu ketika dahulu, Pulau Pangkor menjadi tempat pelarian dan persembunyian bagi pelaut yang belayar melalui Selat Melaka.  Selain itu, ia turut menjadi tempat persinggahan dan percutian raja-raja.  Keistimewaan utama Pulau Pangkor pada waktu itu ialah pantainya yang cukup menarik dan cantik.  “ Alam Ciptaan Allah Yang Maha Hebat”.  Raja – raja, lanun, pengenbara, pedagang dan askar-askar sering berkunjung bagi menikmati kedamaian dan keistimewaan Pulau Pangkor. 

peta

Terdapat teori asal nama bagi Pulau Pangkor.  Suatu ketika dahulu, pedagang-pedagang dari Negara luar, terutamanya Negara China, sering melabuhkan layar untuk beristirehat di samping menikmati keindahan alam di Pulau Pangkor.  Justeru itu, pada suatu ketika berlaku bencana alam di mana ribut petir melanda di keseluruhan lautan, lalu patahlah tiang layarpedagang China ini.  Oleh itu, mereka tidak dapat meneruskan pelayaran sehinggalah mereka diarahkan mencari pengganti kepada tiang yang patah itu di dalam hutan.  Semasa pencarian, mereka bertemu sejenis  pokok di dalam hutan yang sangat berkualiti dan dapat dijadikan sebagai tiang layar.  Pokok itu bernama “Peng Ko”.  Maka lahirlah perkataan Pangkor yang kekal hingga ke hari ini dengan gelaran “Pulau Pangkor”.  Peristiwa ini diceritakan oleh penduduk tempatan sendiri yang mana mereka juga diceritakan oleh penduduk dahulu kala.
 

SEJARAH DAN PENUBUHAN

Suatu ketika dahulu, Pulau Pangkor menjadi tempat pelarian dan persembunyian bagi pelaut yang belayar melalui Selat Melaka. Selain itu, ia turut menjadi tempat persinggahan dan percutian raja-raja. Keistimewaan utama Pulau Pangkor pada waktu itu ialah pantainya yang cukup menarik dan cantik. " Alam Ciptaan Allah Yang Maha Hebat". Raja – raja, lanun, pengenbara, pedagang dan askar-askar sering berkunjung bagi menikmati kedamaian dan keistimewaan Pulau Pangkor.

Terdapat teori asal nama bagi Pulau Pangkor. Suatu ketika dahulu, pedagang-pedagang dari Negara luar, terutamanya Negara China, sering melabuhkan layar untuk beristirehat di samping menikmati keindahan alam di Pulau Pangkor. Justeru itu, pada suatu ketika berlaku bencana alam di mana ribut petir melanda di keseluruhan lautan, lalu patahlah tiang layarpedagang China ini. Oleh itu, mereka tidak dapat meneruskan pelayaran sehinggalah mereka diarahkan mencari pengganti kepada tiang yang patah itu di dalam hutan. Semasa pencarian, mereka bertemu sejenis pokok di dalam hutan yang sangat berkualiti dan dapat dijadikan sebagai tiang layar. Pokok itu bernama "Peng Ko". Maka lahirlah perkataan Pangkor yang kekal hingga ke hari ini dengan gelaran "Pulau Pangkor". Peristiwa ini diceritakan oleh penduduk tempatan sendiri yang mana mereka juga diceritakan oleh penduduk dahulu kala.

 

Sumber : Pejabat Penghulu Pulau Pangkor

Industri pelancongan di Malaysia masa kini telah menyumbang ke arah yang positif di mana sebahagian daripada sumber pendapatan Negara adalah dari sudut pertukaran wang asing.  Atas dasar itu, kerajaan Malaysia telah menyokong sektor pelancongan dengan menyediakan dana melalui agensi yang dipertanggungjawabkan terhadapnya.  Walaubagaimanapun, dalam hal ini sektor pelancongan di Negara Malaysia memerlukan puluhan ribu tenaga mahir bagi menunjukkan bahawa kualiti perkhidmatan sektor pelancongan semestinya terus meningkat dan berkembang secara konsisten dan selari dengan pembangunan negara. 

 

 

PETA PANGKOR

Gambar rajah : Peta Pulau Pangkor

Salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di Malaysia ialah Pulau Pangkor.  Pulau Pangkor merupakan salah satu daripada tujuh destinasi utama yang dipasarkan oleh Lembaga Pelancongan Negara.  Antara tujuh destinasi utama tersebut ialah Pulau Langkawi dan Taman Negara. 

Pulau Pangkor merupakan salah sebuah kawasan di bawah Mukim Lumut dalam Daerah Manjung di negeri Perak Darul Ridzuan di mana di peringkat daerah ianya diawasi oleh Pegawai Daerah manakala di peringkat mukim dikawal selia oleh Penghulu Mukim Lumut/Pulau Pangkor terutama dari segi pembangunan sosial, ekonomi dan sahsiah penduduk setempat.  Selain itu, ia juga di bawah kawalan Majlis Perbandaran Manjung dan lain-lain jabatan serta agensi yang berkaitan. 

Pulau Pangkor terletak di Pantai Barat Semenanjung, di dalam negeri Perak Bumi Bertuah. Ia merupakan pusat pelancongan utama di negeri Perak sedang dimajukan sebagai pusat pelancongan bertaraf antarabangsa.

Dari lumut anda dikehendaki menaiki feri yang disediakan di jeti lumut dan masa yang diambil  ke pulau pangkor adalah 40 minit. Terdapat juga satu lagi jeti persinggahan sebelum ke Pulau Pangkor yang mengambil masa hanya 10 minit perjalanan iaitu Jeti Marina Island yang lokasinya di Teluk Batik.Ada lagi kemudahan lain ke Pulau Pangkor iaitu dengan menaiki penerbangan Berjaya Air dari Subang Jaya dan  terus mendarat di Teluk Dalam ,Pulau Pangkor.

Para pengunjung yang datang ke Pulau pangkor tidak perlu risau,banyak kemudahan yang disediakan.Bagi yang tidak berminat dengan perkhidmatan teksi(van),mereka boleh mengambil kereta,motosikal atau basikal sewa.                                                      

Sumber : PEJABAT PENGHULU PULAU PANGKOR DAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PANGKOR