Kota Belanda terletak di Teluk Gedung iaitu di selatan Pulau Pangkor. Ia dibina pada tahun 1680 dan sekarang berusia 324 tahun. Ia merupakan sebuah kota batu binaan penjajah Belanda iaitu penjajahan pertama Eropah di Perak.
Tujuan pembinaannya adalah sebagai pertahanan daripada serangan lanun dan penduduk tempatan lain yang memberontak terhadap pemerintahan penjajah. Ianya juga untuk mengawal laluan bahan dagangan di Perak terutamanya galian terpenting iaitu bijih timah.
Sejarah Kota Belanda ialah di mana Belanda telah mengekalkan kekuasaan mereka di Pulau Pangkor dengan kerjasama tenaga seramai 60 orang tentera semenjak tahun 1680 hingga ke tahun 1743. Walau bagaimanapun, seorang yang bernama Panglima Kulup merupakan pahlawan tempatan Melayu telah memb uat perancangan rapi lau menyerang Kota Belanda beberapa kali tanpa berputus asa sehinggalah Berjaya menewaskan Belanda dan menghalau Bleanda dari Pulau Pangkor pada tahun 1743. Faktor-faktor penyebab kekalahan Belanda pada masa itu adalah seperti berikut :
Jajahan Belanda terlalu luas yang memerlukan lebih perhatian sehingga pertahanan Belanda di Pulau Pangkor terabai dan terus menjadi lemah.
Penjajah Belanda turut mendapat tentangan dan ancaman luar dari seteru mereka di Eropah.
GEOGRAFI DAN LOKASI
Pulau pangkor terletak di bahagian Pantai Barat negeri Perak di Semenanjung Malaysia. Ia adalah salah satu kawasan di bawah Mukim Lumut dalam Daerah Manjung. Keluasannya ialah 22.5 km persegi. Jaraknya dari pekan Lumut mengikut jalan laut adalah sepanjang 7 batu notika. Manakala jarak dari Bandar Ipoh adalah sepanjang 96km melalui jalan darat ( jalan raya ) ke barat daya Ipoh. Pulau Pangkor dipisahkan dari Tanah Semenanjung oleh Selatg Melaka dan Selat Dinding. Pulau Pangkor di keliling oleh 9 buah puah yang lain iaitu :
- Pulau Simpan
- Pulau Rusa
- Pulau Pangkor Laut
- Pulau Nipis
- Pulau Giam
- Pulau Mentagor
- Pulau Batu Mandi
- Pulau Batu Tengah
- Pulau Sembilan
Selain daripada 9 pulau yang dinyatakan, terdapat pulau gugusan yang lain iaitu :
- Pulau Tukun perak
- Pulau Pelandok
- Pulau Katak
- Pulau Rumbia
- Pulau Saga
- Pulau Lalang
- Pulau Buloh
- Pulau Payong
Keadaan muka bumi adalah berbukit bukau dan terdapat tiga batang anak sungai yang kesemuanya mengalir ke laut.
ASAL USUL NAMA TEMPAT DI PULAU PANGKOR
TELUK NIPAH
Teluk Nipah terletak di tepian pantai dengan pasir memutih dan landai. Kawasan ini yang dulunya berteluk dan sungainya dipenuhi dengan pokok nipah. Akhirnya kawasan tersebut diberi nama teluk Nipah.
PASIR BOGAK
Pasir bogak juga terletak di tepian pantai menjadi tumpuan pelancong untuk berkelah. Kawasan ini dulunya dipenuhi pokok bogak. Akhirnya tempat ini diberi nama Pasir Bogak.
TELUK RAJA BAYANG
Menjadi tempat persinggahan sebentar Raja Bayang ketika datang ke Pulau pangkor. Lalu tempat tersebut di panggil Teluk raja Bayang.
SUNGAI PINANG
Sungai yang dipenuhi dengan pokok pinang,akhirnya penduduk dikawasan tersebut sepakat meletakkan nama tempat tersebut Sungai Pinang.
Sumber : http://ppikpulaupangkor.blogspot.com/2008/12/sejarah-pulau-pangkor.html