• Tarikh           :     20 Februari 2023 | Selasa
  • Masa             :     3.00 petang - 5.00 petang
  • Lokasi          :      PEDi Pangkor 
  • Peserta        :      Kanak-Kanak

 

Objektif :

  • Membantu menguatkan otot dan meningkatkan koordinasi tangan-mata.
  • Membantu mengenal warna.
  • Menjana minda dan kreativiti mereka.
  • Mempelajari bahawa setiap tekanan akan memberi impak yang berbeza. ( memicit, menggentel atau mencucuk tanah liat ).

 

Aktiviti :

  • Peserta dikendaki menyebut setiap warna "Clay" yang disediakan.
  • Diberikan arahan untuk mencipta sesuatu makanan kegemaran atau haiwan kesukaan .

 

Lihat Gambar Di Sini

___________________________________________________________________________________________________

  • Tarikh           :     16 Februari 2023 | Khamis
  • Masa             :     8.30 pagi - 1.00 petang
  • Lokasi          :      PEDi Pangkor 
  • Peserta        :      Usahawan IKS

 

Objektif

  1. Mengembangkan pengetahuan tentang maklumat kebersihan dan keselamatan makanan.
  2. Mempelajari cara pencegahan makanan dan keracunan makanan.

Aktiviti

  1. Pendaftaran peserta latihan pengendalian makanan.
  2. Sesi perkenalan oleh penceramah.
  3. Kursus latihan dijalankan secara teori.
  4. Sesi jawab kuiz 
  5. Sesi Q&A

 

Lihat Gambar Di Sini

__________________________________________________________________________________________

  • Tarikh           :     8 Februari 2023 | Rabu
  • Masa             :    8.30 pagi - 10.30 pagi
  • Lokasi          :     SK Seri Bayu 
  • Peserta        :     Pelajar Tahun 5 & Tahun 6

 

Objektif

  1. Mendidik dan meningkatkan kesedaran para pelajar tentang keselamatan dan perlindungan di Internet.
  2. Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.

 

Aktiviti

  1. Pengenalan dan penerangan Modul Klik Dengan Bijak mengenai Kesan Ketagihan Penggunaan Gadjet.
  2. Sesi Kuiz Spontan Klik Dengan Bijak
  3. Penyampai Cenderahati
  4. Sesi bergambar

 

Lihat Gambar Di Sini

________________________________________________________________________________________________

  • Tarikh           :     9 Februari 2023 | Khamis
  • Masa             :    2.00 petang - 6.00 petang
  • Lokasi          :     Bilik Training PEDi Pangkor 
  • Peserta        :     Usahawan IKS

 

Objektif

  1. Penjenamaan semula ini dikatakan adalah salah satu langkah untuk membawa teknologi nama domain lebih dekat kepada para pengguna.
  2. Menjadi pemangkin dan pembolehupaya bagi memperkasa Ekonomi Digital Negara.
  3. Melahirkan lebih ramai ikon usahawan melalui platform Cerita.MY Saya.
  4. Memainkan peranan sebagai pembolehupaya kepada usahawan PMKS juga, MYNIC sedang merancakkan lagi pelaksanaan Program Latihan Penguasaan Pasaran Digital dengan tujuan untuk menggalakkan penyertaan usahawan PMKS mentransformasi perniagaan mereka ke dalam talian melalui laman web dan juga platform media sosial.

 

Aktiviti

  1. Membantu para usahawan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan ekonomi tanpa sempadan untuk meluaskan empayar perniagaan mereka, dan membantu usahawan mempersiapkan diri mereka untuk mendepani cabaran dan ketidaktentuan pada masa akan datang, terutama dalam era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
  2. Membimbing para usahawan bagaimana cara untuk mendaftar akaun Mynic.
  3. Sesi Soal Jawab
  4. Sesi Amali
  5. Sesi Bergambar.
  6. Bersurai.

 

Lihat Gambar Di Sini

__________________________________________________________________________________________________________

  • Tarikh           :     3 Februari 2023 | Jumaat
  • Masa             :    3.00 petang - 4.30 petang
  • Lokasi          :     Ruang PEDi Pangkor 
  • Peserta        :     Kanak-Kanak 5 tahun

 

Objektif :

  1. Memberi peluang kepada kanak-kanak 5 tahun untuk mencuba menaip .
  2. Mempelajari dan mengenali huruf ABC pada keyboard.
  3. Mengisi ruang masa untuk pendidikan digital.

 

Aktiviti :

  1. Petugas memberi tunjuk ajar cara penggunaan "keyboard" dan "mouse"

 

Lihat Gambar Di Sini

_________________________________________________________________________________________________