BELAJAR INTERNET, MENAIP & MENCETAK
|
Latar belakang
Ainul Zarith Sofea Binti Azahar merupakan ahli PUSAT INTERNET yang terawal berdaftar pada 29 / 1 / 2014. Ketika itu umurnya 11 Tahun ( Tahun 5 ) dan kini umurnya 14 Tahun ( Tingkatan 2 ) yang masih lagi aktif dan sering mengunjungi ke Pusat Internet Pulau Pangkor. Ainul merupakan anak bongsu daripada 3 adik beradik. Bapanya, En.Azahar adalah seorang Pembantu AM Syarikat Nelayan di Sungai Pinang Besar manakala ibunya, Pn Zuraidah seorang Surirumah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Bekas murid Sekolah Kebangsaan Seri Pangkor ini tidak pernah tahu tentang kewujudan Pusat Internet 1 Malaysia ini. Sebelum dirinya mengenali Pi1M ini, Ainul sering belajar bersendirian di rumah sahaja. Di rumahnya mempunyai komputer tetapi tiada rangkaian internet. Oleh itu, sukar bagi Ainul untuk mencari maklumat.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada 29 Januari 2014, Ainul bersama ibunya mendaftar sebagai ahli Pi Pangkor. Ainul mengetahui tentang PI melalui kenalan bapanya. Selepas penglibatan di PI banyak manfaat yang diperolehi olehnya. Ainul juga sering datang bersama rakan-rakannya untuk mengulangkaji pelajaran dan mencari maklumat di Internet. Ini kerana kelajuan internet di PI adalah laju. Selain itu, banyak kemudahan yang terdapat di sini salah satunya mesin fotostat, print, dan lain-lain. Kelas ICT yang ditawarkan adalah percuma dan banyak ilmu yang diperolehinya melalui kelas-kelas ICT.
Sekarang Ainul sudah tingkatan 2 dan bersekolah di SABK Maahad Islahiah Addiniah, Bt 10 Lekir. Namun demikian, ketika cuti sekolah ainul masih tetap datang ke PI Pangkor untuk membuat tugasan sekolah dan โstudy groupโ bersama temannya.
Jika dibandingkan sebelum dan selepas, Ainul sebelum ini belajar bersendirian di rumahdan selepas PI Pangkor ditubuhkan Ainul lebih bergiat aktif belajar bersama rakan-rakannya di PIPangkor. Ainul telah menarik minat rakan-rakannya untuk menjadi ahli Pangkor.
________________________________________________________________________________________