USAHAWAN BELIA

  • Nama       :       Noor Muhammad Muiz Bin Madakin
  • Umur       :       18 Tahun
  • Ahli          :       2013

 

Latar Belakang

Perniagaan kecil-kecilan COD makanan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Merupakan bekas pelajar elektonik yang tidak tahu tentang bidang perniagaan. Masakannya pula hanya dikenali oleh keluarga, rakan rapat dan rakan ibunya. Jadi, pendapatan tidak mendapat sambutan hanya sekadar cukup-cukup.

Selain itu, beliau langsung tidak tahu cara bagaimana memperluaskan lagi perniagaannya agar dikenali. Atas sokongan daripada keluarga beliau berusaha untuk belajar dalam penggunaan smartphone untuk mempromosi jenis makanan yang disediakan olehnya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas di bantu oleh Petugas Pi1M dalam penggunaan telefon pintar, beliau semakin rajin untuk mengemaskini jenis-jenis makanan yang disediakan. Baru-baru ini, beliau menerima tempahan Mee Rebus bagi kenduri Akikah di Taman Samudera, Manjung. Malah, guru sekolah juga menempah makan jika ada program di sekolah.

Oleh itu, ramai sudah mengenalinya. Kiosk di Arena Square dibuka setiap musim persekolahan dan cuti Sabtu Ahad. Ini kerana hari biasa, beliau membantu ibunya di kantin sekolah.

Kemudian untuk memulakan perniagaan beliau perlu mendaftar SSM dan mencipta satu nama unik untuk kedai makannya iaitu โ€œKunta Kinte Cafeโ€. Menurut beliau nama tersebut terpilih kerana unik dan sinonim dengan perumpamaan seperti ulang alik. Selain itu, kunta kinte ini menunjukkan seseorang itu idealistik.

IG        KEDAI

 _____________________________________________________________________________________