BELAJAR INTERNET, MENAIP & KURSUS INTEL
|
Latar Belakang
Anak sulung daripada tiga orang adik beradik tinggal bersama keluarga di Taman Pangkor Indah yang terletak di sekitar kawasan Masjid Al Badr ( Masjid Terapung ) di Teluk Gedung. Dilahirkan di Hospital Manjung pada 11 September 2001. Mula bergiat aktif ke Pusat Internet Pulau Pangkor ketika terlibat kursus INTEL, sukarelawan program KIV pada tahun 2016, squad bagi program yang dianjurkan oleh Pusat Internet Pangkor dan mengulangkaji matapelajaran di sini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini, saya hanya tahu serba sedikit tentang asas komputer kerana pernah dipelajari di Sekolah. Oleh kerana di sekolah ramai pelajar jadi guru tidak dapat memberi fokus sepnuuhnya kepada seseorang pelajar. Namun demikian , selepas saya mengikuti rakan iaitu Hidayat ke sini bagi menyiapkan kerja kursus tingkatan 3 ketika itu, membuka minda saya untuk mempelajari lebih banyak tentang ICT dengan bantuan yang diberikan oleh petugas di Pusat Internet Pulau Pangkor.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Saya mula menyertai kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet Pulau Pangkor. Selepas menyertai kelas/ kursus ICT saya dapat merasakan pengetahuan tentang ICT amat menyeronok malah jika dibandingkan sebelum ini, saya lebih banyak mengetahui cara-cara untuk menyiapkan kerja kursus melalui Words, mencari maklumat di โgoogle.com, dan lain-lain. Sebelum ini saya hanya tahu melayari internet sahaja dengan membuka Facebook & Youtube
_______________________________________________________________________________________