Nama      :     Nur Aliah Aini Binti Rasdi

Umur      :      17 Tahun

Ahli         :      2015

 

Latar belakang

Merupakan anak keempat kepada usahawan hasil laut Paksu. Aliah adalah anak jati kelahiran Pulau Pangkor. Beliau salah seorang pelajar yang sangat rajin mengulangkaji matapelajaran. Seorang yang sangat pendiam dan kreatif melukis. Aliah sering datang ke Pusat Internet untuk menyiapkan Kerja Kursus Sekolah dan bergiat aktif dalam aktiviti kelas oleh Pusat Internet Pangkor. Pelajar tingkatan 5 ini suka mendengar lagu sambil belajar. Menurutnya, dengan mendengar lagu, mengurangkan tekanannya untuk mengulangkaji matapelajaran Matematik & Seni.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, saya hanya mengenali komputer melalui Sekolah tetapi tidak terlalu mendalami. Jika dibandingkan sebelum ini, saya memerhatikan pergerakan rakan dalam menggunakan komputer dan tangan saya mengeletar untuk menekan tertikus. Kadang-kadang malu untuk saya bertanya kepada rakan atau petugas Pusat Internet. Namun, setelah mengikuti kelas ICT oleh Pusat Internet Pangkor, ia mengubah persepsi saya terhadap penggunaan komputer dan juga internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Antara kelas yang diikuti ialah Kelas Intel, Kelas Asas komputer, Kelas Microsoft Words dan Kelas Adobe Photoshop. Apabila menyertai kelas-kelas ICT, ia amat menyeronok dan banyak pengetahuan saya dapat.   Terutama kelas Microsoft Words, saya mengetahui pelbagai fungsi menarik di dalam Words. Contohnya, grafik carta, kotak, tulisan dan lain-lain.

1

_____________________________________________________________________________________