BELAJAR INTERNET, MENAIP & USAHAWAN DIGITAL MY SHOP

  • Nama      :     Intan Dalila Binti Soid
  • Umur      :     21 Tahun
  • Ahli         :     2018

 

Latar Belakang

Nama penuh Ila ialah Intan Dalila Binti Soid yang dilahirkan pada 1/12/1998.  Beliau telah mula menjadi ahli Pusat Internet Pulau Pangkor pada 25/11/2018. Beliau merupakan bekas pelajar Kolej Restu yang mengambil jurusan Diploma Mushaf Art selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2015.

Anak sulung pasangan Pn.Yatie dan En.Soid ini mula meminati bidang perniagaan atas talian apabila melihat perkembangan perniagaan rakan baiknya semakin maju dan mendapat sambutan.  Ini kerana ia mudah dan tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak. 

Kini beliau bersama adiknya berniaga barangan islamik di Masjid Al Badr Seribu Selawat Teluk Gedung. Antara barang tersebut ialah Al-Quran, Bookmark Tulisan Kaligrafi, Jenis-jenis bookmarks, keychain dan T-shirt Masji Seribu Selawat.  Kiosk ini adalah dibawah Yayasan Perak dibuka setiap hari Sabtu & Ahad dan Cuti Umum bermula 9.30 pagi hingga 6.00 petang.

Produk yang dijual secara atas talian ialah Beg Tangan Wanita khusus kepada remaja dan wanita. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum dirinya dikenali, beliau hanya mempromosikan perniaagaan ini di Whatsapp kenalan rapat.  Selain intu, mengikuti kursus Komputer MS Words & Excel di Pusat Internet Pulau Pangkor bagi memahirkan diri dalam penggunaan ICT.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melihat kejayaan rakan kolej yang berjaya dalam pengurusan perniagaan atas talian ini. Saya cuba untuk mempromosikan ke laman Instgram saya dan memperluaskan di whatsapp story . Alhamdulillah dapat sambutan daripaa rakan-rakan , keluarga dan pelancong serta penduduk di sini.