• Nama    :   Muhammad Iqmal Hafiz Bin Azahar
  • Umur    :   21 Tahun
  • Ahli       :   2014

 

Latar belakang

Anak sulung daripada tiga orang adik beradik tinggal bersama keluarga di Taman Pangkor Indah yang terletak di sekitar kawasan Masjid Al Badr   ( Masjid Terapung ) di Teluk Gedung. Dilahirkan di Hospital Manjung pada 8 Mei 1998. Seorang yang sangat pendiam dan tidak kedekut ilmu untuk berkongsi maklumat mengenai kerja sekolah atau sebagainya. Saudara Iqmal pernah dinobatkan sebagai pelajar cemerlang ketika berusia 15 Tahun kerana pencapaian akademik peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 memperolehi 8A. Satu-satunya pelajar melayu yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang di SMK Pangkor. Setelah tamat tingkatan 5, Iqmal melanjutkan pendidikan ke Tingkatan 6 di SMK Ahmad Boestamam. Seorang pelajar yang tidak putus asa untuk mengejar impian ke menara gading. Keputusan peperiksaan STPM pada tahun 2018 yang cemerlang, beliau melanjutkan pelajaran ke UITM Merbok bagi jurusan โ€œIslamik Bankingโ€.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Saya mula menjadi ahli Pusat Internet Pangkor ketika berusia 16 tahun. Pada ketika itu saya mengikuti rakan saya untuk mengulangkaji pelajaran di Pusat Internet Pangkor kerana Pusat Internet ini baru dibuka. Selepas itu, saya mendaftar sebagai ahli dan menyertai kelas ICT yang disediakan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Saya selalu datang ke Pusat Internet kerana persekitaran yang selesa dan kemudahan yang disediakan cukup lengkap untuk digunakan.  Sebagai seorang pelajar, banyak tugasan sekolah perlu disiapkan melalui komputer. Penglibatan saya dengan Pusat Internet ini memudahkan saya untuk menyiapkan kerja sekolah. Ini kerana sumber rujukan saya ada internet.   Kelajuan internet di Pusat Internet adalah sangat laju. Sehingga kini, jika saya ingin melayari internet dan mencari maklumat semasa cuti semester akan ke Pusat Internet Pulau Pangkor.


                                                           

   IQMAL 2016 2   IQMAL 2016