Usahawan Melayu Telekomunikasi

Nama     :   Mohd Isa Bin Mohd Noor

Umur      :   45 Tahun

Ahli         :   2020

 

Latar belakang

Nama penuh Mohd Isa bin Mohd Noor berumur 45 tahun. Mempunyai 4 orang anak. Beliau merupakan usahawan yang tidak pernah mengenal erti putus asa.  Beliau seorang peniaga aiskrim pada mulanya. Lalu beliau berminat dalam sektor telekomunikasi kerana melihat tiada lagi bangsa Melayu membuka perniagaan telekomunikasi di Pulau Pangkor.  Lalu beliau berhasrat untuk menceburi bidang perniagaan dalam telekomunikasi.  Encik Mohd Isa atau lebih dikenali sebagai โ€œMat Lawokโ€ telah menjalani kursus yang ditawarkan di Pusat Internet Pulau Pangkor dan mempelajari cara untuk membuat pinjaman Tekun. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini, Encik Mohd Isa bekerja di sebuah resort di Pulau Pangkor. Disebabkan pandemik COVID 19 ini, beliau diberikan cuti.  Oleh itu, beliau mempunyai masa yang terluang untuk menjalankan perniagaan.  Salah satunya menjual aiskrim di tepi jalan ketika musim cuti.  Kemudian beliau berusaha untuk belajar dan mengambil cabaran untuk membuka sebuah kedai sendiri untuk kelengkapan gadjet telekomunikasi bagi membantu penduduk setempat.  Pada awalnya, tidak ramai yang mengetahui tentang kewujudan kedai telekomunikasi anak melayu di Kampung Masjid.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pusat Internet Pulau Pangkor telah memberi idea untuk membuat promosi tentang perniagaan Mat Lawok Telekomunikasi di Kampung Masjid.  Salah satu idea adalah pengiklanan melalui media cetak iaitu bunting dan banner diletakkan di depan kedai supaya dikenali.  Kemudian beliau menyertai Bengkel Shopee untuk memperluaskan lagi ilmu tentang perniagaan online.  Sekarang beliau telah menambahkan stok barang jualan di Kedai bagi memperluaskan lagi perniagaannya.  Antaranya adalah perkhidmatan tambah nilai, membeli simkad baru, gadjet telefon pintar, cucur peneram, aiskrim, selipar dan sebagainya.  Ini kerana, kedainya terletak di hadapan kedai makan.

  ma1  q  ma2

_________________________________________________________________________________________________________