Pengguna Pusat Internet Pulau Pangkor Berbangsa India

  • Nama      :    Kavineswary A/P Rajantiran
  • Umur      :    13 Tahun
  • Ahli         :    2019

 

Latar belakang

Anak sulung daripada empat orang adik beradik. Saya tinggal di Rumah Murah Baru Pulau Pangkor. Bapa saya seorang pemandu Van Pelancong dan ibu saya seorang Surirumah.  Saya merupakan pelajar menengah tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Pangkor. Pada tahun 2019,Ujian Penilaian Sekolah Rendah UPSR mendapat keputusan 1A 7B di SJKT Pulau Pangkor.  Hobi saya suka membaca buku dan melayari internet.  Cita-cita saya untuk menjadi seorang Doktor. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pada suatu hari, saya telah mengikuti kawan saya ke Perpustakaan Awam Pulau Pangkor.  Kemudian kami ke Pusat Internet Pulau Pangkor di tingkat atas.  Pada awalnya, saya agak malu untuk menggunakan komputer kerana tidak mahir untuk mencari maklumat di dalam internet bagi menyiapkan kerja sekolah. Saya juga menyertai bengkel Adobe Photoshop dianjurkan oleh Pusat Internet Pulau Pangkor.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas saya dibantu oleh petugas Pusat Internet Pulau Pangkor, saya sudah tahu cara โ€œswitch onโ€ komputer.  Antara penggunaan komputer yang saya pelajari adalah Microsoft Words.  Ini kerana kerja sekolah saya banyak menggunakan Microsoft Words. Selain itu, dengan adanya Pusat Internet ini, saya dapat menyiapkan kerja sekolah. 

 

40288d63 c57d 4cb0 8dfe 426c77a6f957

__________________________________________________________________________________________________________