AMIN

Amin Firdaus nama diberi, berusia 18 tahun dilahirkan pada tahun 1998, merupakan anak kelahiran Pulau Pangkor, Perak. Amin merupakan pelajar lepasan Sijil Pendidikan Malaysia(SPM) dari Sekolah Tahfiz Darul Ridzuan yang dibina pada tahun 2009. Sekolah tersebut adalah untuk tarikan para pelajar untuk mendalami ilmu agama, mempelajari bidang akademik dan kokurikulum. Amin telah mencapai keputusan SPM iaitu 8A2B dan telah dinobatkan pelajar cemerlang pada setiap tahun.

Seterusnya, Amin merupakan anak ketiga daripada lima orang adik-beradiknya. Amin juga seorang yang bersikap optimis dan sentiasa mencari alternatif baru bagi memajukan diri dalam hudup. โ€œBerakit-rakit dahulu, bersenang-senang ketepianโ€ peribahasa melayu yang sentiasa Amin terapkan dalam diri dan menjadimotivasikepadanya.

Era globalisasi, masyarakat lebih menumpukan dan lebih meluangkan masa dengan gadget masing-masing dengan penggunaan internet kemana sahaja. Setelah menamatkan alam persekolahan Amin pula menceburi bidang perniagaan dalam talian iaitu perniagaan kadsim Tone Excel. Dalam meniti arus permodenan, perniagaan dalam talian juga dikenali sebagai e-dagang. Ia merupakan platform baru bagi ahli-ahli perniagaan termasuklah Amin. Anak kelahiran Pulau Pangkor ini, menjadikan perniagaan dalam talian ini sebagai pendapatan pasif.

Dengan ada platform sebegini, ia memberi ruang kepada perniaga-perniaga tidak mengira umur dan status, juga dapat mempromosi produk dan servis masing-masing. Dalam konteks ini, perniagaan dalam talian memberi banyak kelebihan kepada Amin dan perniaga-peniaga yang lain, bagi menjalankan urusan jual beli dengan lebih mudah dan cepat disamping dapat menjimatkan kos. Kerja-kerja mempromosi bukan sahaja dapat memudahkan, malahan kosnya dapat dikurangkan, antaranya kos pengangkutan dan tenaga kerja dalam aktiviti promosi.