PENIAGA SATAY

Bagaimana anda menggunakan internet untuk mencapai kejayaan anda, sila huraikan cerita anda

Zaman sekarang ramai yang menggunakan internet dan computer. Jadi kami berusaha untuk belajar komputer. Kebetulan, PI Pangkor ditubuhkan berhampiran dengan rumah dan gerai kami . Kami datang ke PI berjumpa dengan petugas PI bertanyakan untuk mendaftar dan belajar ICT di sini. Petugas memberikan borang  ahli dan kami bersepakat mendaftar untuk mengikuti latihan ICT di sini. Sehari kemudian kami memulakan kelas bersama petugas. Kami diberikan penerangan mengenai perkakasan computer, asas computer dan juga pengenalan Microsoft word sebelum meneruskan dengan latihan melayari internet. Selama hampir 3 bulan mengikuti kelas latihan di sini, kami berjaya membuat emel dan facebook. Sebelum ini, kami tidak langsung tentang komputer dan penggunaan ICT, namun sekarang kami kini tidak lagi ketinggalan dalam penggunaan ICT dan mampu bersama-sama rakan-rakan.

Bagaimana anda memperbaiki hidup anda setelah mempelajari cara penggunaan internet.

  •  Pengetahuan dalam penggunakan internet secara bijak banyak membantu kami untuk berhubung dengan ahli keluarga dan rakan-rakan di laman sosial  Facebook. Selain itu, kami dapat melayari internet dengan mengetahui isu-isu semasa tempatan dan luar Negara, mencari resipi masakan dan menonton video  agama di youtube.