Q1 2015 FY BURGER

Saya menggunakan internet dengan sebaik mungkin bagi mencapai impian saya.. Pada awalnya, saya tidak mengerti tentang bisnes online ini, tetapi dengan mengikuti kelas-kelas yang diadakan oleh pihak PI Pangkor memberi saya ilmu pengetahuan yang meluas tentang dunia internet ini. 

PDOT

Oleh yang demikian, internet ini dapat membantu saya mengembangkan sayap perniagaan saya ke zon yang selesa.  Idol saya iaitu Fizo Omar di mana pengusaha โ€œHot Burgerโ€ yang samakin meningkat perniaagaan. 

โ€œFY Burgerโ€ merupakan gerai burger saya.  Setakat ini, saya belum lagi membina lagi satu cawangan.  Ini kerana saya ingin memulakan perniaagaan dari peringkat bawah terlebih dahulu.  

 

Q2 2015 ZAZIA CAKE HOUSE

AFIQAH

 

Sejujurnya saya tidak berapa arif tentang internet ini, namun apabila saya mendaftar sebagai ahli PI1M Pulau Pangkor dan mengikut kelas-kelas yang diadakan saya dapat mengetahui serba sedikit tentang bidang ICT ini.

Apa yang boleh saya katakan bahawa internet ini memberi banyak faedah kepada masyarakat.  Ini kerana di zaman moden ini semuanya hanya dihujung jari.  Tanpa pengetahuan internet dan cara panggunaan komputer , kita tidak dapat meluaskan bidang yang kita minati.

Saya mempunyai perniagaan sendiri iaitu kedai pemprosesan dan penjualan roti dan kek.  Pengetahuan yang saya dapat dari PI1M Pangkor dapat memberi peluang kepada saya untuk meluaskan perniagaan saya di seluruh Malaysia.

Saya juga mengikuti pelbagai kursus di luar dan kursus keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak SKMM dan diajar oleh petugas PI1M.  Dari situ saya dapat sedikit ilmu tentang cara memulakan perniagan secara online dengan mencipta laman facebook untuk sebarang tempahan roti dan kek saya.  Saya diajar bagaimana membuat profil perniagaan melalui Microsoft Office 2010 dan cara membuat akaun perniagaan melalui Microsoft Excel 2010.  

 

Q3 2015 "ANGRY FISH" IKAN BUNTAL

ALANG

Produk ikan buntal pada mulanya hanya sekadar hobi saya membuatnya dan sebagai hiasan di kiosk perniagaan Air Kelapa saya di Kota Belanda Teluk Gedung.  Kemudian pelancong yang mengunjungi ke Kota Belanda sering 

 

menanyakan berapa harga ikan buntal kerana mereka amat tertarik dengan keunikannya.  Seterusnya saya menghasilkan lebih banyak lagi

 produk ikan buntal ini untuk dijual.  Pada peringkat ini, saya baru berjinak untuk memasarkan dan mempromosikan kewujudan ikan buntal saya ke laman sosial.