SEJARAH DAN PENUBUHAN

Suatu ketika dahulu, Pulau Pangkor menjadi tempat pelarian dan persembunyian bagi pelaut yang belayar melalui Selat Melaka. Selain itu, ia turut menjadi tempat persinggahan dan percutian raja-raja. Keistimewaan utama Pulau Pangkor pada waktu itu ialah pantainya yang cukup menarik dan cantik. " Alam Ciptaan Allah Yang Maha Hebat". Raja – raja, lanun, pengenbara, pedagang dan askar-askar sering berkunjung bagi menikmati kedamaian dan keistimewaan Pulau Pangkor.

Terdapat teori asal nama bagi Pulau Pangkor. Suatu ketika dahulu, pedagang-pedagang dari Negara luar, terutamanya Negara China, sering melabuhkan layar untuk beristirehat di samping menikmati keindahan alam di Pulau Pangkor. Justeru itu, pada suatu ketika berlaku bencana alam di mana ribut petir melanda di keseluruhan lautan, lalu patahlah tiang layarpedagang China ini. Oleh itu, mereka tidak dapat meneruskan pelayaran sehinggalah mereka diarahkan mencari pengganti kepada tiang yang patah itu di dalam hutan. Semasa pencarian, mereka bertemu sejenis pokok di dalam hutan yang sangat berkualiti dan dapat dijadikan sebagai tiang layar. Pokok itu bernama "Peng Ko". Maka lahirlah perkataan Pangkor yang kekal hingga ke hari ini dengan gelaran "Pulau Pangkor". Peristiwa ini diceritakan oleh penduduk tempatan sendiri yang mana mereka juga diceritakan oleh penduduk dahulu kala.

 

Sumber : Pejabat Penghulu Pulau Pangkor