Setiap hujung minggu komuniti pangkor akan bersama-sama melakukan aktiviti riadah senaman pagi. Antara senaman yang dilakukan adalah senaman aerobik,  Tai Chi, dan ZUMBA.  Program ini dianjurkan oleh panel jawatankuasa Pusat Kesihatan Pangkor bagi menggalakkan komuniti lebih menitikberatkan kesihatan dalaman dan luaran serta ia memupuk perhubungan pelbagai kaum.