KOTA BELANDA

 

Kota Belanda terletak di Teluk Gedung iaitu di selatan Pulau Pangkor.  Ia dibina pada tahun 1680 dan sekarang berusia 324 tahun.  Ia merupakan sebuah kota batu binaan penjajah Belanda iaitu penjajahan pertama Eropah di Perak. 

Tujuan pembinaannya adalah sebagai pertahanan daripada serangan lanun dan penduduk tempatan lain yang memberontak terhadap pemerintahan penjajah.  Ianya juga untuk mengawal laluan bahan dagangan di Perak terutamanya galian terpenting iaitu bijih timah. 

Sejarah Kota Belanda ialah di mana Belanda telah mengekalkan kekuasaan mereka di Pulau Pangkor dengan kerjasama tenaga seramai 60 orang tentera semenjak tahun 1680 hingga ke tahun 1743.  Walau bagaimanapun, seorang yang bernama Panglima Kulup merupakan pahlawan tempatan Melayu telah memb uat perancangan rapi lau menyerang Kota Belanda beberapa kali tanpa berputus asa sehinggalah Berjaya menewaskan Belanda dan menghalau Bleanda dari Pulau Pangkor pada tahun 1743.  Faktor-faktor penyebab kekalahan Belanda pada masa itu adalah seperti berikut :

Jajahan Belanda terlalu luas yang memerlukan lebih perhatian sehingga pertahanan Belanda di Pulau Pangkor terabai dan terus menjadi lemah. 

Penjajah Belanda turut mendapat tentangan dan ancaman luar dari seteru mereka di Eropah.