Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Piala Menteri Besar Perak Pringkat Dun Pangkor telah berlangsung pada 27 - 28 Januari 2017 di Padang Sintetik SMK Pangkor.  Seramai 16 pasukan menyertai perlawanan ini.  Kemenangan perlawanan Bola Sepak ini berpihak kepada Mampai FC di mana mereka meraih JOHAN menerima wang tunai sebanyak RM1500 dan Piala Menteri Besar. Naib Johan dimenangi oleh pasukan Rain FC dan membawa wang tunai sebanyak RM800 manakala tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh pasuka LUMUT PORT FC & Terab FC, masing-masing membawa wang tunai sebanyak RM500 & RM400.  

Kejohanan ini adalah usahasama antara Kelab Pangkor City bersama Pejabat Adun Pangkor, Komuniti 1 Malaysia, Majlis Perbandaran Manjung, & Pusat Internet 1 Malaysia Kluster Manjung.  Ia dirasmikan oleh Pegawai Khas MB Adun Pangkor Dato Hj Azri Bin Jaafar. 

 

Sekitar Perlawanan Bola Sepak 11 Sebelah

 

Pemenang Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah