BELAJAR INTERNET, MENAIP & USAHAWAN DIGITAL MY SHOP

  • Nama      :     Intan Dalila Binti Soid
  • Umur      :     21 Tahun
  • Ahli         :     2018

 

Latar Belakang

Nama penuh Ila ialah Intan Dalila Binti Soid yang dilahirkan pada 1/12/1998.  Beliau telah mula menjadi ahli Pusat Internet Pulau Pangkor pada 25/11/2018. Beliau merupakan bekas pelajar Kolej Restu yang mengambil jurusan Diploma Mushaf Art selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2015.

Anak sulung pasangan Pn.Yatie dan En.Soid ini mula meminati bidang perniagaan atas talian apabila melihat perkembangan perniagaan rakan baiknya semakin maju dan mendapat sambutan.  Ini kerana ia mudah dan tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak. 

Kini beliau bersama adiknya berniaga barangan islamik di Masjid Al Badr Seribu Selawat Teluk Gedung. Antara barang tersebut ialah Al-Quran, Bookmark Tulisan Kaligrafi, Jenis-jenis bookmarks, keychain dan T-shirt Masji Seribu Selawat.  Kiosk ini adalah dibawah Yayasan Perak dibuka setiap hari Sabtu & Ahad dan Cuti Umum bermula 9.30 pagi hingga 6.00 petang.

Produk yang dijual secara atas talian ialah Beg Tangan Wanita khusus kepada remaja dan wanita. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum dirinya dikenali, beliau hanya mempromosikan perniaagaan ini di Whatsapp kenalan rapat.  Selain intu, mengikuti kursus Komputer MS Words & Excel di Pusat Internet Pulau Pangkor bagi memahirkan diri dalam penggunaan ICT.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melihat kejayaan rakan kolej yang berjaya dalam pengurusan perniagaan atas talian ini. Saya cuba untuk mempromosikan ke laman Instgram saya dan memperluaskan di whatsapp story . Alhamdulillah dapat sambutan daripaa rakan-rakan , keluarga dan pelancong serta penduduk di sini. 

 

 

USAHAWAN BELIA KEDAI MAKAN

  • Nama    :    Noraimi Binti Fiei
  • Umur     :    31 Tahun
  • Ahli       :    2017

 

Latar Belakang

Perniagaan Kedai Makan

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan sukar diwar-warkan kepada umum apa yang dijalakan dipremis atau dirumah. Malahan pendapatan amat kurang kerana pelanggan hanya kawasan berdekatan sahaja. Selain itu, sebelum adanya Pusat Internet kurangnya pendapatan bulanan 1500.00

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas adanya internet yang mana saya boeh mempromosikan barangan dan produk yang saya jual telah dapat menambah pendapatan bulanan hasil daripada aktiviti perniagaaan dalam anggaran RM 3000.00 sebulan

 

Untitled

_____________________________________________________________________________________

 

USAHAWAN BELIA

  • Nama            :              Sofian Bin Alias
  • Umur            :               30 Tahun
  • Ahli               :              2016

 

Latar Belakang

Perniagaan kecil-kecilan

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, saya Cuma mempromosikan produk makanan dan minuman saya hanya menggunakan banner dan banting sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Alhamdulillah selepas saya diperkenalkan oleh rakan saya iaitu Encik Azhar Jamaludin (Pengurus Pusat Internet Pangkor) yang mana beliau mengajak saya untuk mempromosikan produk dengan menggunakan laman sosial yang terdapat di Internet pada hari ini seperti facebook dan sebagainya

 piannn piannn2 

_____________________________________________________________________________________

 

Nama      :     Nur Aliah Aini Binti Rasdi

Umur      :      17 Tahun

Ahli         :      2015

 

Latar belakang

Merupakan anak keempat kepada usahawan hasil laut Paksu. Aliah adalah anak jati kelahiran Pulau Pangkor. Beliau salah seorang pelajar yang sangat rajin mengulangkaji matapelajaran. Seorang yang sangat pendiam dan kreatif melukis. Aliah sering datang ke Pusat Internet untuk menyiapkan Kerja Kursus Sekolah dan bergiat aktif dalam aktiviti kelas oleh Pusat Internet Pangkor. Pelajar tingkatan 5 ini suka mendengar lagu sambil belajar. Menurutnya, dengan mendengar lagu, mengurangkan tekanannya untuk mengulangkaji matapelajaran Matematik & Seni.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, saya hanya mengenali komputer melalui Sekolah tetapi tidak terlalu mendalami. Jika dibandingkan sebelum ini, saya memerhatikan pergerakan rakan dalam menggunakan komputer dan tangan saya mengeletar untuk menekan tertikus. Kadang-kadang malu untuk saya bertanya kepada rakan atau petugas Pusat Internet. Namun, setelah mengikuti kelas ICT oleh Pusat Internet Pangkor, ia mengubah persepsi saya terhadap penggunaan komputer dan juga internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Antara kelas yang diikuti ialah Kelas Intel, Kelas Asas komputer, Kelas Microsoft Words dan Kelas Adobe Photoshop. Apabila menyertai kelas-kelas ICT, ia amat menyeronok dan banyak pengetahuan saya dapat.   Terutama kelas Microsoft Words, saya mengetahui pelbagai fungsi menarik di dalam Words. Contohnya, grafik carta, kotak, tulisan dan lain-lain.

1

_____________________________________________________________________________________

BELAJAR INTERNET, MENAIP & KURSUS INTEL

  • Nama        :       Muhammad Amir Akmal Bin Abdul Rasid
  • Umur         :      17 Tahun
  • Ahli           :       2016

 

Latar Belakang

Anak sulung daripada tiga orang adik beradik tinggal bersama keluarga di Taman Pangkor Indah yang terletak di sekitar kawasan Masjid Al Badr ( Masjid Terapung ) di Teluk Gedung. Dilahirkan di Hospital Manjung pada 11 September 2001. Mula bergiat aktif ke Pusat Internet Pulau Pangkor ketika terlibat kursus INTEL, sukarelawan program KIV pada tahun 2016, squad bagi program yang dianjurkan oleh Pusat Internet Pangkor dan mengulangkaji matapelajaran di sini.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, saya hanya tahu serba sedikit tentang asas komputer kerana pernah dipelajari di Sekolah. Oleh kerana di sekolah ramai pelajar jadi guru tidak dapat memberi fokus sepnuuhnya kepada seseorang pelajar. Namun demikian , selepas saya mengikuti rakan iaitu Hidayat ke sini bagi menyiapkan kerja kursus tingkatan 3 ketika itu, membuka minda saya untuk mempelajari lebih banyak tentang ICT dengan bantuan yang diberikan oleh petugas di Pusat Internet Pulau Pangkor.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Saya mula menyertai kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet Pulau Pangkor. Selepas menyertai kelas/ kursus ICT saya dapat merasakan pengetahuan tentang ICT amat menyeronok malah jika dibandingkan sebelum ini, saya lebih banyak mengetahui cara-cara untuk menyiapkan kerja kursus melalui Words, mencari maklumat di โ€œgoogle.com, dan lain-lain. Sebelum ini saya hanya tahu melayari internet sahaja dengan membuka Facebook & Youtube

 

amir

_______________________________________________________________________________________