Pengguna Pusat Internet Pulau Pangkor Berbangsa India

  • Nama      :    Kavineswary A/P Rajantiran
  • Umur      :    13 Tahun
  • Ahli         :    2019

 

Latar belakang

Anak sulung daripada empat orang adik beradik. Saya tinggal di Rumah Murah Baru Pulau Pangkor. Bapa saya seorang pemandu Van Pelancong dan ibu saya seorang Surirumah.  Saya merupakan pelajar menengah tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Pangkor. Pada tahun 2019,Ujian Penilaian Sekolah Rendah UPSR mendapat keputusan 1A 7B di SJKT Pulau Pangkor.  Hobi saya suka membaca buku dan melayari internet.  Cita-cita saya untuk menjadi seorang Doktor. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pada suatu hari, saya telah mengikuti kawan saya ke Perpustakaan Awam Pulau Pangkor.  Kemudian kami ke Pusat Internet Pulau Pangkor di tingkat atas.  Pada awalnya, saya agak malu untuk menggunakan komputer kerana tidak mahir untuk mencari maklumat di dalam internet bagi menyiapkan kerja sekolah. Saya juga menyertai bengkel Adobe Photoshop dianjurkan oleh Pusat Internet Pulau Pangkor.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas saya dibantu oleh petugas Pusat Internet Pulau Pangkor, saya sudah tahu cara “switch on” komputer.  Antara penggunaan komputer yang saya pelajari adalah Microsoft Words.  Ini kerana kerja sekolah saya banyak menggunakan Microsoft Words. Selain itu, dengan adanya Pusat Internet ini, saya dapat menyiapkan kerja sekolah. 

 

40288d63 c57d 4cb0 8dfe 426c77a6f957

__________________________________________________________________________________________________________

Usahawan Melayu Telekomunikasi

Nama     :   Mohd Isa Bin Mohd Noor

Umur      :   45 Tahun

Ahli         :   2020

 

Latar belakang

Nama penuh Mohd Isa bin Mohd Noor berumur 45 tahun. Mempunyai 4 orang anak. Beliau merupakan usahawan yang tidak pernah mengenal erti putus asa.  Beliau seorang peniaga aiskrim pada mulanya. Lalu beliau berminat dalam sektor telekomunikasi kerana melihat tiada lagi bangsa Melayu membuka perniagaan telekomunikasi di Pulau Pangkor.  Lalu beliau berhasrat untuk menceburi bidang perniagaan dalam telekomunikasi.  Encik Mohd Isa atau lebih dikenali sebagai “Mat Lawok” telah menjalani kursus yang ditawarkan di Pusat Internet Pulau Pangkor dan mempelajari cara untuk membuat pinjaman Tekun. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini, Encik Mohd Isa bekerja di sebuah resort di Pulau Pangkor. Disebabkan pandemik COVID 19 ini, beliau diberikan cuti.  Oleh itu, beliau mempunyai masa yang terluang untuk menjalankan perniagaan.  Salah satunya menjual aiskrim di tepi jalan ketika musim cuti.  Kemudian beliau berusaha untuk belajar dan mengambil cabaran untuk membuka sebuah kedai sendiri untuk kelengkapan gadjet telekomunikasi bagi membantu penduduk setempat.  Pada awalnya, tidak ramai yang mengetahui tentang kewujudan kedai telekomunikasi anak melayu di Kampung Masjid.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pusat Internet Pulau Pangkor telah memberi idea untuk membuat promosi tentang perniagaan Mat Lawok Telekomunikasi di Kampung Masjid.  Salah satu idea adalah pengiklanan melalui media cetak iaitu bunting dan banner diletakkan di depan kedai supaya dikenali.  Kemudian beliau menyertai Bengkel Shopee untuk memperluaskan lagi ilmu tentang perniagaan online.  Sekarang beliau telah menambahkan stok barang jualan di Kedai bagi memperluaskan lagi perniagaannya.  Antaranya adalah perkhidmatan tambah nilai, membeli simkad baru, gadjet telefon pintar, cucur peneram, aiskrim, selipar dan sebagainya.  Ini kerana, kedainya terletak di hadapan kedai makan.

  ma1  q  ma2

_________________________________________________________________________________________________________

  • Nama      :     Azhar Bin Jamaludin
  • Umur      :     32 Tahun
  • Ahli        :      2014

 

Latar belakang

Nama sebenar Azhar bin Jamaludin, bekecimpung dalam bidang perniagaan laksa sejak usia belasan tahun. Bekerja dengan nenek, ibubapa dan makcik di gerai sebelum ini memberikan inspirasi untuk membuka kedai / gerai makanan yang memfokuskan kepada Laksa Warisan Pangkor.  Nenek saya telah mengusahakan perniagaan makanan laksa sejak tahun 60 an di kampung Sungai Pinang Besar Pangkor, diikuti ibubapa dan makcik saya.  Anak sulong dari lima orang adik beradik memberikan suatu didikan yang berbeza dalam kalangan daripada adik-adik yang lain. Perasaan ingin mencuba dalam sesuatu perkara amat tinggi dan minat yang mendalam bagi masakan laksa amat mengujakan saya. Saya juga pernah ke tempat mereka yang menjual laksa di sekitar negeri Kedah dan Perak, yang mana ia memberikan saya ilham untuk membuka kedai laksa di Pulau Pangkor.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Saya sebelum ini suda mahir dalam komputer, cuma tidak berani dan tidak suka untuk menonjolkan diri bagi mempromosikan sebarang perniagaan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas mengikuti kursus bersama SKMM dan MSD serta menjadi tenaga pengajar ia telah memberikan saya suatu minat untuk mendalami ilmu perniagaan dari sudut promosi dan pengurusan kewangan yang baik.  Melalui program yang Pusat Internet anjurkan yang mana saya merupakan tenaga pengajar ia telah memberikan pengalaman yang baik yang mana peserta turut berkongsi pengalaman mereka dalam perniagaan. Dari situ, saya mendapat suatu maklumat dan informasi yang bermanfaat dalam bidang perniaagaan.

A

FB PAGE LAKSA D'KELAPA

  • Nama    :   Muhammad Iqmal Hafiz Bin Azahar
  • Umur    :   21 Tahun
  • Ahli       :   2014

 

Latar belakang

Anak sulung daripada tiga orang adik beradik tinggal bersama keluarga di Taman Pangkor Indah yang terletak di sekitar kawasan Masjid Al Badr   ( Masjid Terapung ) di Teluk Gedung. Dilahirkan di Hospital Manjung pada 8 Mei 1998. Seorang yang sangat pendiam dan tidak kedekut ilmu untuk berkongsi maklumat mengenai kerja sekolah atau sebagainya. Saudara Iqmal pernah dinobatkan sebagai pelajar cemerlang ketika berusia 15 Tahun kerana pencapaian akademik peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 memperolehi 8A. Satu-satunya pelajar melayu yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang di SMK Pangkor. Setelah tamat tingkatan 5, Iqmal melanjutkan pendidikan ke Tingkatan 6 di SMK Ahmad Boestamam. Seorang pelajar yang tidak putus asa untuk mengejar impian ke menara gading. Keputusan peperiksaan STPM pada tahun 2018 yang cemerlang, beliau melanjutkan pelajaran ke UITM Merbok bagi jurusan “Islamik Banking”.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Saya mula menjadi ahli Pusat Internet Pangkor ketika berusia 16 tahun. Pada ketika itu saya mengikuti rakan saya untuk mengulangkaji pelajaran di Pusat Internet Pangkor kerana Pusat Internet ini baru dibuka. Selepas itu, saya mendaftar sebagai ahli dan menyertai kelas ICT yang disediakan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Saya selalu datang ke Pusat Internet kerana persekitaran yang selesa dan kemudahan yang disediakan cukup lengkap untuk digunakan.  Sebagai seorang pelajar, banyak tugasan sekolah perlu disiapkan melalui komputer. Penglibatan saya dengan Pusat Internet ini memudahkan saya untuk menyiapkan kerja sekolah. Ini kerana sumber rujukan saya ada internet.   Kelajuan internet di Pusat Internet adalah sangat laju. Sehingga kini, jika saya ingin melayari internet dan mencari maklumat semasa cuti semester akan ke Pusat Internet Pulau Pangkor.


                                                           

   IQMAL 2016 2   IQMAL 2016

Pengguna Pusat Internet Pulau Pangkor

  • Nama        :     Ayu Azmida Binti Azman
  • Umur         :     33 Tahun
  • Ahli            :     2019

 

Latar Belakang

Pengguna Pusat Internet Pulau Pangkor yang kerap mengunjungi dan menyertai Program yang dianjurkan oleh Pusat Internet Pulau Pangkor.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Saya menghadapi kesukaran menggunakan perkhidmatan komputer untuk mengemaskini resume hingga terpaksa ke seri Manjung bagi menggunakan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Perubahan yang sangat ketara dimana saya tidak perlu lagi keluar jauh bagi menggunakan perkhidmatan internet dan komputer. Di sini ada menyediakan pelbagai perkhidmatan yang baik seperti servis cetak dan mengambil gambar berukuran pasport, kemudahan komputer serta pelbagai lagi.

ayu

___________________________________________________________________________________________________