BELAJAR INTERNET & MENAIP

  • Nama          :       Syaza Binti Jamaludin
  • Umur           :       14 Tahun
  • Ahli              :       2013

 

Latar Belakang

Adik Syaza merupakan anak bongsu daripada lima orang adik beradik. Tinggal bersama keluarga di kampung Sungai Pinang Besar Pulau Pangkor dan dilahirkan di Hospital Manjung Perak. Syaza merupakan adik kepada pengurus Pusat Internet 1Malaysia Pulau Pangkor. Sekarang beliau mendapat tempat dalam kelas projek / cemerlang yang dipilih oleh guru untuk skor dalam peperiksaan yang mana beliau antara dalam kalangan 20 orang pelajar yang terpilih bagi pelajar tingkatan 2 SMK Pangkor.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, saya sudah mempunyai asas komputer kerana saya mempunyai dua orang abang dan seorang kakak yang melanjutkan pelajaran ke Universiti. Apabila abang-abang dan kakak pulang dari univerisiti ke kampung untuk cuti semester saya berpeluang untuk menggunakan komputer riba kepunyaan abang dan kakak saya. Dalam masa yang sama mereka mengajar saya beberapa asas komputer. Oleh sebab itu, saya sedikit terkehadapan dari rakan-rakan yang yang tidak berpeluang. Namun secara langsung ia adalah pendidikan tidak formal yang berlangsung kepada saya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas Pusat Internet ditubuhkan dan diletakkan di Pulau Pangkor ia merupakan rahmat untuk saya dan kawan-kawan untuk mempelajari lebih mendalam. Malah ia menjadi pusat untuk kami berkumpul dan menjalankan kerja-kerja sekolah secara berkumpulan. Pusat Internet Pulau Pangkor telah mendapat perhatian ramai dalam kalangan mereka yang tidak mempunyai akses dan kemudahan komputer serta internet dirumah.

Ramai rakan-rakan saya yang sudah mempelajari ilmu komputer dan internet apabila peluang tersebut berada di hadapan mereka (di Pulau Pangkor). Saya dapati diri saya telah mempelajari banyak perkara tentang ICT antaranya ialah Microsoft Word dan Internet (Carian di Google). Antara lain kebaikan yang saya perolehi ialah apabila kami sedang menggunakan perisian microsoft word secara berkumpulan, kami dapati ada perkara yang menyulitkan dan tidak mampu kami uruskan dan gunakan. Kami akan berhubung dengan petugas / Kakak Lina dan Abang Azhar untuk bertanya dan meminta mereka untuk membantu kami. Ia amat bersesuaian dengan konsep Pusat Internet yang sentiasa kehadapan untuk membantu pelajar dalam urusan dokumentasi dan bukan seperti di Pusat Siber diluar sana yang tidak mempunyai perkhidmatan seperti ini.

Malah terdapat kelas-kelas yang dijalankan untuk saya dan rakan-rakan bagi meningkatkan tahap pengetahuan dalam penggunaan aplikasi komputer yang utama seperti microsoft word dan carian google di internet.


2

 ______________________________________________________________________________

Usahawan Belia

  • Nama   :   Julia Binti Hanafiah
  • Umur    :   24 tahun
  • Ahli       :   2017

 

Latar Belakang

Jenis perniagaan adalah berbentuk produk dan perkhidmatan, iaitu , dekorasi pelamin & tempahan saguhati/ gift. Julia Touch & Deco mula beroperasi secara kecil – kecilan pada awal tahun 2015.  Namun oleh yang demikian, Julia Touch & Deco mula mengorak langkah pada tahun 2018 dengan bantuan dana oleh SME Corp.  Kini JTD bakal membuka cawangan di sekitar Pulau Pangkor dan Manjung dengan mempelbagaikan perkhidmatan seperti tempahan saguhati, sewaan baju pengantin dan tempahan mengubah hantaran.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal permulaaan perniagaan, Julia Touch & Deco agak kurang mendapat tempahan oleh kerana kekurangan penggunaan dan pengetahuan ilmu tentang jaringan perniagaan melalui internet.  Kini Julia Touch & Deco mampu bersaing dan berdiri selepas mempelajari internet melalui Pusat Internet Pulau Pangkor yang sangat membantu.  Sebelum terlibat secara langsung bersama petugas Pusat Internet Pulau Pangkor,  saya kurang menerima tempahan, perniagaan bergerak perlahan dan orang ramai tidak tahu tentang kewujudan syarikat. pertunangan/perkahwinan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikut sesi kelas dan aktiviti bertukar idea dengan petugas saya lebih terbuka dari sudut kreativiti berfikir dalam mengembangkan dan mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh saya. Perniagaan secara online amat membantu dan memudahkan proses pemasaran perniagaan yang dijalankan.  Segala urusan perniagaan hanya melalui internet dan semakin dikenali serta  dan banyak menerima tempahan saguhati dan dekorasi majlis.

 

3

  1. Dekorasi pelamin pertunangan & perkahwinan hasil sentuhan Cik Julia Deco (Gambar)

 

4

Mengikuti kelas ICT Media Sosial di Pusat Internet (Gambar)

 _______________________________________________________________________________________

 

BELAJAR INTERNET & MENAIP

  • Nama          :      Eswari A/P Muniandy
  • Umur          :      17 Tahun
  • Ahli             :       2015

 

  • Latar Belakang
  • Anak kedua daripada 3 adik beradik. Bapanya seorang pamandu bas ekspress di Johor. Di sini tinggal bersama ibunya. Ibunya seorang surirumah. Eswari merupakan pelajar yang lemah dari segi akademik. Setiap memiliki kelebihan masing-masing dan adik Eswari ini juga mempunyai kelebihannya. Walaupun sering diejek atau dibuli, ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjaya seperti orang lain. Beliau juga memiliki cita – cita untuk menjadi seorang Guru.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini, saya sememangnya tidak tahu langsung tentang komputer dan apatah lagi pula dengan Internet. Saya hanya datang ke Pi Pangkor kerana menemani rakan saya. Kemudian timbul rasa minat untuk belajar komputer seperti orang lain dengan mendaftar menjadi ahli Pi Pangkor pada tahun 2015. Ketika itu saya tingkatan 2. Semasa ingin memegang tetikus memang gementar saya untuk menekan mana-mana ikon yang terdapat di komputer. Ini kerana saya takut akan berlaku kerosakan komputer di Pusat Internet 1 Malaysia.

 

  • Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
  • Selepas penggunaan ICT saya sudah pandai dalam penggunaan komputer dan tidak lagi gementar. Malah saya sering datang ke Pusat Internet  Pulau Pangkor untuk mengulangkaji matapelajaran dan membuat tugasan kerja sekolah. Kini saya sudah tingkatan 5 dan akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Jadi saya perlu berusaha gigih untuk mencapai impian yang saya ingini.

Selain daripada itu, saya sudah tahu bagaimana menyimpan data ke dalam pendrive. Ini kerana sebelum ini, saya tidak tahu menyimpan data dan saya menyimpan lokasi penyimpan ke dokumen kemudian lupa di mana saya simpan. Walaubagaimanapun saya berterima kasih kepada petugas Pusat Internet  Pulau Pangkor kerana sudi membantu saya dalam penggunaan komputer.

 

___________________________________________________________________________________

 

USAHAWAN BELIA

  • Nama       :       Noor Muhammad Muiz Bin Madakin
  • Umur       :       18 Tahun
  • Ahli          :       2013

 

Latar Belakang

Perniagaan kecil-kecilan COD makanan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Merupakan bekas pelajar elektonik yang tidak tahu tentang bidang perniagaan. Masakannya pula hanya dikenali oleh keluarga, rakan rapat dan rakan ibunya. Jadi, pendapatan tidak mendapat sambutan hanya sekadar cukup-cukup.

Selain itu, beliau langsung tidak tahu cara bagaimana memperluaskan lagi perniagaannya agar dikenali. Atas sokongan daripada keluarga beliau berusaha untuk belajar dalam penggunaan smartphone untuk mempromosi jenis makanan yang disediakan olehnya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas di bantu oleh Petugas Pi1M dalam penggunaan telefon pintar, beliau semakin rajin untuk mengemaskini jenis-jenis makanan yang disediakan. Baru-baru ini, beliau menerima tempahan Mee Rebus bagi kenduri Akikah di Taman Samudera, Manjung. Malah, guru sekolah juga menempah makan jika ada program di sekolah.

Oleh itu, ramai sudah mengenalinya. Kiosk di Arena Square dibuka setiap musim persekolahan dan cuti Sabtu Ahad. Ini kerana hari biasa, beliau membantu ibunya di kantin sekolah.

Kemudian untuk memulakan perniagaan beliau perlu mendaftar SSM dan mencipta satu nama unik untuk kedai makannya iaitu “Kunta Kinte Cafe”. Menurut beliau nama tersebut terpilih kerana unik dan sinonim dengan perumpamaan seperti ulang alik. Selain itu, kunta kinte ini menunjukkan seseorang itu idealistik.

IG        KEDAI

 _____________________________________________________________________________________

 BELAJAR INTERNET, MENAIP & MENCETAK

  • Nama        :     Ainul Zarith Sofea Binti Azahar
  • Umur         :     14 Tahun
  • Ahli            :     2014

 

Latar belakang

Ainul Zarith Sofea Binti Azahar merupakan ahli PUSAT INTERNET yang terawal berdaftar pada 29 / 1 / 2014.  Ketika itu umurnya 11 Tahun ( Tahun 5 ) dan kini umurnya 14 Tahun ( Tingkatan 2 ) yang masih lagi aktif dan sering mengunjungi ke Pusat Internet  Pulau Pangkor. Ainul merupakan anak bongsu daripada 3 adik beradik. Bapanya, En.Azahar adalah seorang Pembantu AM Syarikat Nelayan di Sungai Pinang Besar manakala ibunya, Pn Zuraidah seorang Surirumah. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Bekas murid Sekolah Kebangsaan Seri Pangkor ini tidak pernah tahu tentang kewujudan Pusat Internet 1 Malaysia ini. Sebelum dirinya mengenali Pi1M ini, Ainul sering belajar bersendirian di rumah sahaja. Di rumahnya mempunyai komputer tetapi tiada rangkaian internet.  Oleh itu, sukar bagi Ainul untuk mencari maklumat. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada 29 Januari 2014, Ainul bersama ibunya mendaftar sebagai ahli Pi Pangkor.  Ainul mengetahui tentang PI  melalui kenalan bapanya.  Selepas penglibatan di PI banyak manfaat yang diperolehi olehnya.  Ainul juga sering datang bersama rakan-rakannya untuk mengulangkaji pelajaran dan mencari maklumat di Internet.  Ini kerana kelajuan internet di PI adalah laju. Selain itu, banyak kemudahan yang terdapat di sini salah satunya mesin fotostat, print, dan lain-lain.  Kelas ICT yang ditawarkan adalah percuma dan banyak ilmu yang diperolehinya melalui kelas-kelas ICT. 

Sekarang Ainul sudah tingkatan 2 dan bersekolah di SABK Maahad Islahiah Addiniah, Bt 10 Lekir. Namun demikian, ketika cuti sekolah ainul masih tetap datang ke PI Pangkor untuk membuat tugasan sekolah dan “study group” bersama temannya. 

Jika dibandingkan sebelum dan selepas, Ainul sebelum ini belajar bersendirian di rumahdan selepas PI Pangkor ditubuhkan Ainul lebih bergiat aktif belajar bersama rakan-rakannya di PIPangkor.  Ainul telah menarik minat rakan-rakannya untuk menjadi ahli Pangkor.  

 ________________________________________________________________________________________